Anda perlukan servis penulisan dari orang yang mahir menulis artikel?

Seseorang yang boleh membantu menulis artikel untuk website ataupun blog syarikat dan perniagaan anda?

Maka anda telah sampai ke halaman yang betul. Servis penulisan artikel yang saya tawarkan ini adalah untuk membantu para blogger ataupun pemilik blog perniagaan.

Atau sesiapa sahaja yang mempunyai kekangan masa untuk menghasilkan artikel berkualiti bagi menaikkan jenama syarikat ataupun laman sesawang (website) mereka.

servis penulisan

Servis Penulisan | Mari Saya Tuliskan Untuk Anda.

Walaupun saya adalah graduan dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Namun terpaksa melepaskan jawatan sebagai seorang Jurutera setelah berpindah ke negeri lain.

Atas perkara yang tidak dapat saya elakkan maka bidang penulisan secara ghostwriting adalah pilihan saya untuk masa ini.

Buat masa ini servis penulisan artikel tertumpu kepada artikel dalam Bahasa Melayu sahaja.

Artikel Mesra SEO (Search Engine Optimization)

Artikel yang akan dihasilkan adalah unik serta mesra SEO. Ini supaya dapat diindeks dengan baik oleh enjin carian. Seterusnya menempatkan artikel yang anda inginkan di kedudukan yang baik di halaman enjin carian.

Anda juga boleh blog perkongsian peribadi saya untuk melihat contoh artikel (penulisan secara santai) yang saya terbitkan disini.

Menang Pertandingan Menulis

Antara pencapaian terbesar saya dalam dunia penulisan ialah tersenarai antara pemenang pertandingan menulis topik berkenaan tenaga nuklear anjuran Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Malaysia. Ketika itu saya sedang belajar di Kolej Matrikulasi dalam bidang Sains Fizik.

Hadiah yang saya peroleh ialah peluang melihat sendiri cara bahan radioaktif disimpan di AELB untuk tujuan kajian.

Selain itu kami para pemenang juga diberi hadiah berupa penginapan di hotel serta dibawa ke menara berkembar Petronas untuk melihat pameran Sains serta berpeluang melihat pemandangan dari Sky Bridge yang popular.

Walaupun ianya kejayaan kecil, tetapi sangat bermakna untuk diri saya.

Akhir kata:

Saya sedar bahawa saya tidak ada nama besar dalam bidang penulisan ini. Namun, saya harapkan dengan keyakinan dan juga peluang yang diberikan akan digunakan dengan sebaik mungkin.

Jika anda berminat untuk mendapatkan servis yang saya tawarkan sila hubungi saya dengan mengisi borang di bawah ini.